top of page

dapatan kajian

​JENIS BUDAYA DI SEKOLAH

Budaya Instrumental

Penekanan yang diberikan kepada kemahiran dan sikap pelajar untuk berjaya dengan cemerlang. Sekolah berperanan untuk memberi nilai yang tinggi kepada murid yang mendapat pencapaian yang membanggakan di sekolah. Budaya ini mengutamakan matlamat masa hadapan para pelajar supaya mereka menjadi  pelajar yang cemerlang dan berjaya.

Budaya Ekspresif

Budaya Ekspresif lebih memberi penekanan terhadapa aspek - aspek seni, kreatif dan aspek - aspek yang menarik minat pelajar. Antara aktiviti yang menunjukkan budaya ekspresif di sekolah adalah seperti menari, bermain alat muzik dan melukis mengikut minat dan gaya pelajar yang tersendiri.

Budaya Moral

dicerminkan melalui amalan di sekolah yang dilakukan untuk membentuk  tingkah laku yang baik di kalangan pelajar mahupun guru. Budaya ini dipupuk supaya setiap warga sekolah akan sentiasa melakukan kebaikan dan menanam nilai - nilai murni yang baik dalam diri. Bukan itu sahaja,     budaya ini bertujuan untuk melahirkan pelajar bermoral yang berkemampuan membuat pertimbangan tentang       beberapa tindakan atau tingkah laku yang betul atau salah.

bottom of page